FAM ingatkan pemain, pegawai jangan 'mulut celupar'

FAM ingatkan pemain, pegawai jangan ‘mulut celupar’

BARISAN Pengadil yang mengadili aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Kedah menentang JDT di Stadium Darul Aman, minggu lalu.-IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan teragak-agak menghukum pemain-pemain atau pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menyoal kredibiliti dan keputusan pengadil secara terbuka.

Amaran itu diingatkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram dengan memberi peringatan kepada semua pihak supaya menghormati keputusan pengadil yang mana setiap keputusan pengadil di Liga M adalah muktamad mengikut undang-undang bola sepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)iaitu Undang-undang 5 di muka surat 65.

“Mengikut perkara tersebut, keputusan pengadil mengenai fakta yang berkaitan dengan permainan, termasuk sama ada gol dijaringkan atau tidak dan keputusan perlawanan adalah muktamad. Keputusan pengadil dan semua pegawai perlawanan lain, mesti sentiasa dihormati.

“Mana-mana pemain atau pegawai pasukan juga tidak boleh membuat komen terbuka di media sosial atau apa jua saluran media berkaitan dengan keputusan pengadil.

“FAM tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib sekiranya mana-mana pihak yang menyoal kredibiliti dan keputusan pengadil. Ini kerana setiap pengadil, Penolong Pengadil, Pengadil VAR, AVAR dan ‘Replay Operator’ yang dilantik oleh FAM adalah individu yang bertauliah dan telah diiktiraf oleh FIFA.

“Pasukan-pasukan yang bertanding serta media disaran merujuk kepada FAM bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan protokol VAR, undang-undang bola sepak serta sebarang jawapan berkaitan dengan keputusan pengadil,” ujarnya.

Undang-undang bola sepak FIFA di muka surat 144 juga jelas menerangkan bahawa seseorang pengadil utama adalah individu yang akan menentukan keputusan terakhir dan kesemua pembantunya termasuk VAR hanya berperanan sebagai pembantu dalam proses membuat keputusan sekiranya pengadil melakukan satu kesilapan atau terdapat insiden yang jelas dan terlepas pandang.

Tambah beliau berkata: “FAM melalui Unit Pengadil telah diamanahkan untuk melatih setiap pengadil. Setiap insiden dan prestasi akan dinilai dan diaudit oleh panel instruktur dalaman dan dirujuk kepada instruktur FIFA terpilih dari luar negara.”-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya