Faisal Halim sedia jalani latihan Selangor FC

Faisal Halim sedia jalani latihan Selangor FC

FAISAL Halim (kiri) hanya perlu menunggu tiga minggu lagi untuk menjalani sesi latihan bersama Selangor FC.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon mengesahkan penyerang Selangor FC, Faisal Halim dijangka menyertai kem latihan pasukan dalam tempoh tiga minggu lagi.

Johan berkata Faisal menunjukkan perubahan positif selepas menjalani rawatan pemulihan akibat insiden simbah asid pada awal Mei hanya akan melakukan latihan ringan terlebih dahulu.

“Keadaan luka dia semakin kering dan ada perubahan positif. Dia akan kembali berlatih di padang mungkin dua atau tiga minggu lagi tetapi latihan ringan sahaja,” katanya kepada pemberita di Kompleks 3K, Subang Jaya semalam.

Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei lalu oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Dia dilaporkan kritikal dan mengalami kecederaan lecur tahap empat malah menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital pada 25 Mei lalu selepas 20 hari menerima rawatan.

Tambah Johan, Selangor FC tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru dalam membenarkan Faisal berlatih bersama pasukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya