SHANGHAI: Seramai enam orang maut akibat tanah runtuh di wilayah Hunan, tengah Cina, hari ini.
Penyiar negeri CCTV melaporkan, bencana menyebabkan sebuah rumah tamu satu tingkat runtuh.
Tanah runtuh itu berpunca daripada banjir kilat di sebuah gunung.
“Laporan awal mengesahkan 18 orang tertimbus.
“Seramai enam mangsa terselamat dan ditemukan setakat ini. Enam mangsa lain disahkan terkorban,” katanya.
Awal bulan ini, seramai 20 orang terkorban akibat banjir kilat di utara dan barat daya negara itu.