Dunia kecam pembunuhan Ismail Haniyeh - Utusan Malaysia

Dunia kecam pembunuhan Ismail Haniyeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN : Pemimpin-pemimpin dunia mengecam pembunuhan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu serangan di Iran, dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai pengecut.

Turkiye dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar mengutuk perbuatan tersebut sebagai memalukan selain menunjukkan keengganan kerajaan Israel mencapai perdamaian.

“Pembunuhan ini juga boleh memarakkan lagi ketegangan di Gaza,” jelas kenyataan berkenaan yang disiarkan oleh Al-Jazeera.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam reaksinya menegaskan Teheran akan mempertahankan kedaulatan wilayahnya susulan pembunuhan tersebut berlaku di utara negaranya.

“Hari ini Iran menangisi kematian seorang pemimpin yang lantang dan berani. Semalam, dia mengangkat tangan saya sebagai tanda kemenangan, hari ini saya terpaksa mengebumikannya,” katanya.

Ismail semalam hadir ke acara angkat sumpah Masoud yang diadakan di ibu negara ini.

China menerusi jurucakapnya di Kementerian Luar, Lin Jian, yang turut mengecam pembunuhan Ismail, menyatakan kebimbangan Beijing terhadap kejadian tersebut yang boleh memburukkan lagi situasi di wilayah Gaza.

Russia dalam satu kenyataan Kementerian Luarnya pula membidas kematian pemimpin Hamas itu sebagai satu pembunuhan politik yang tidak boleh diterima. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN