MILWAUKEE: Pelantikan Senator JD Vance sebagai gandingan Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 menimbulkan persoalan.
Ini kerana, Vance sendiri pernah membenci Trump dan tidak senang dengan karakter pemimpin Republik itu.
“Saya bukan budak Trump. Saya tak pernah suka beliau.
“Saya lihat dia (Trump) tercela,” kata-kata Vance pada 2016 di Twitter yang diulang siar semula.
Malah, Vance pernah melabelkan Trump sebagai Hitler Amerika.
Namun, tidak semena-mena, dari benci Trump bertukar menjadi ‘sahabat baik’ untuk digandingkan dalam pilihan raya.
Vance dilahirkan di Middletown, Ohio, dalam sebuah keluarga yang berpecah belah.
Ayahnya berpisah dengan ibunya dan meninggalkan dirinya ketika dia masih kecil.
Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya yang digelar, ‘Mamaw’ dan ‘Papaw’.
Vance mempunyai tiga anak, Ewan, Vivek dan Mirabel hasil perkahwinan dengan isterinya, Usha Chilukuri.
Nama Vance telah lama dibisikkan sebagai calon politik selepas Sentor Republikan Ohio, Rob Portman memutuskan untuk tidak bertanding semasa pemilihan semula 2022.
Sosok ini menerima derma politik sebanyak AS$10 juta (RM46 juta) oleh bekas bosnya, Silicon Valley Peter Thriel yang merupakan seorang broker hartanah.
Sempena pemilihan sebagai rakan gandingan Trump, dia akhirnya membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata-kata sebelum ini. -BBC