Dulu cepat melenting, sekarang lebih relaks - Nad Zainal

Dulu cepat melenting, sekarang lebih relaks – Nad Zainal

nad zainal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih setahun mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri kepada pelakon, Ungku Ismail Aziz, aktres, Nad Zainal, mengakui banyak perubahan baik berlaku pada dirinya.
Seiring kematangan diri, Nad mengakui kehadiran lelaki itu dalam hidupnya secara tidak langsung banyak mengubah dirinya daripada pelbagai perspektif sama ada sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

Menganggap dirinya bertuah kerana kini Ungku melengkapi kehidupannya bersama anak-anak, Nad jelas sedang mendakap bahagia.

“Saya sudah banyak tone down, lebih relaks kini. Kalau dulu, mungkin saya jenis cepat melenting, sekarang banyak berfikir dahulu sebelum buat apa-apa. Dia banyak nasihatkan saya supaya lebih tenang dan relaks. Buat sesuatu perkara satu persatu.

“Dulu, semua benda saya nak buat pada satu-satu masa, akhirnya saya penat dan cepat rasa nak marah, stres. Saya rasa dia banyak mengajar benda-benda lain selain berlakon. Dia ajar saya macam mana nak urus perbelanjaan dengan betul, pengurusan dalam bisnes dan macam-macam lagi.

“Dia ini terlalu pandai. Dia pandai buat akaun, seni reka, aplikasi, laman sesawang, malah permainan interaktif pun dia mahir. Dia ada buat aplikasi permainan interaktif khusus untuk anak-anak kami yang diberi nama Power Congak.

“Memang saya banyak belajar pelbagai kemahiran lain daripada Ungku. Pendek kata, kalau nak kata saya gunakan dia, ya mungkinlah ya,”tawanya.

Ungku tegas disiplinkan anak

Kehadiran Ungku juga bagi Nad banyak membantunya dalam menguruskan dua anaknya iaitu Ibrahim dan Budi yang terutama dari sudut mendisiplinkan mereka.

Kata Nad, ketegasan Ungku dalam mengurus dan mendidik anak-anak menjadikan Nad terharu kerana ia secara tidak langsung menunjukkan suaminya itu menyayangi Ibrahim dan Budi meskipun anak itu bukan zuriatnya.

“Anak-anak memang takut dengan dia. Kalau dengan saya, cakap dua tiga kali baru nak dengar. Tetapi kalau dengan Ungku, dia masuk rumah saja semua dah takut dan dengar cakap. Jadi saya gunakan Ungku untuk disiplinkan anak-anak.

“Bila dia ada dalam kehidupan kami, anak-anak pun jadi lebih teratur dan disiplin, memang berbeza. Prestasi mereka di sekolah juga semakin meningkat. Kami kat rumah memang panggil Ungku sebagai Guru Besar sebab ketegasan dia.

“Anak-anak pun ada jadual di rumah. Dia monitor semua terutama pelajaran mereka. Sekarang, Ibrahim pun dah semakin cekap mengira dalam subjek matematik hasil didikan Ungku. Dia buat cara macam zaman dia kecil-kecil dahulu untuk disiplinkan anak-anak,”katanya.

Jelas Nad, apabila Ungku mula menggalas watak sebagai ‘Guru Besar’ di rumah, sedikit pun dia tidak berkecil hati dengan suaminya itu andai anak-anaknya dimarahi atas kesalahan mereka.

“Saya biasanya akan beri ruang untuk dia ajar dan didik anak-anak. Bukan untuk takut, tetapi bagi memastikan anak-anak hormat. Sekarang, dah tak perlu ajar atau cakap dah, anak-anak sendiri dah tahu apa mereka perlu buat.

“Ikut jadual dan lebih fokus dengan pelajaran mereka di sekolah. Kalau dulu, saya seorang saja yang cakap, mereka manja sangat. Jadi saya bersyukurlah Ungku banyak membantu saya dalam hal ini,”katanya.

Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4.

Bagaimanapun, Nad kemudiannya bercerai dengan Faliq pada September 2022.

Mendirikan rumah tangga dengan Ungku, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Indra Puteh Al Majid yang kini berusia 9 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN