Dua maut gerabak kereta api tergelincir di India - Utusan Malaysia

Dua maut gerabak kereta api tergelincir di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah kereta api penumpang tergelincir dari landasan di negeri utara India, Uttar Pradesh sehingga meragut dua nyawa penumpang and 20 yang lain cedera.

Ekspres Chandigarh-Dibrugarh yang menghubungkan negeri-negeri di utara India ke timur Assam, tergelincir di daerah Gonda, berhampiran bandar Hindu Ayodhya, kira-kira pukul 2.30 petang, semalam.

Lapor NDTV, sebanyak empat gerabak terbalik dengan rakaman gambar menunjukkan penumpang terpaksa berdiri di atas landasan selepas insiden itu.

Pesuruhjaya Bantuan Negeri, Naveen Kumar berkata, puluhan penyelamat dibantu 40 doktor dan paramedik serta 15 ambulans bergegas ke lokasi kemalangan.

Mangsa yang mengalami kecederaan dipindahkan ke hospital dan pusat kesihatan kerajaan di kawasan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya