Dua anggota bomba maut ketika padam kebakaran

Dua anggota bomba maut ketika padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Malang menimpa dua anggota bomba apabila disahkan maut ketika bertugas memadamkan kebakaran berhampiran bandar Matera, di selatan Itali.

Kebakaran berskala besar berlaku berhampiran bandar itu dan Dewan Bandar Raya Rom menasihatkan penduduk dalam lingkungan tiga kilometer dari kebakaran supaya menutup tingkap dan mengelakkan aktiviti fizikal di luar rumah.

Bencana itu berlaku hampir setiap hari di Itali, terutamanya di selatan dan pulau-pulau akibat gelombang panas.

Kebakaran mengganggu sambungan kereta api antara ibu kota Itali dan bandar selatan Naples.

Perubahan iklim yang disebabkan oleh tangan manusia menjadikan kejadian cuaca ekstrem termasuk gelombang haba dan kebakaran hutan lebih kerap berlaku.

Tahun lalu, Rom mencatatkan rekod suhu 42.9 darjah Celcius. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN