Donald Trump 'berdarah', bunyi tembakan sasar pentas ucapan

Telinga Donald Trump berdarah akibat ditembak

TRUMP bergegas dibawa turun dari pentas selepas cedera di telinga akibat ditembak sewaktu berucap di perhimpunan di Pennsylvania, Julai lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bergegas dibawa turun dari pentas semasa berucap di hadapan orang ramai dalam perhimpunan di Pennsylvania akibat terkena tembakan.

Lapor The Telegraph, tindakan pantas oleh beberapa Ejen Perkhidmatan Rahsia itu dibuat selepas bunyi tembakan kedengaran ketika pemimpin Parti Republikan itu berucap.

Trump kemudian dilihat memegang telinganya akibat terkena tembakan sehingga darah jelas mengalir di kepalanya.

Beliau kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan berperisai dan dikejarkan ke pusat perubatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN