BANGKOK: Hanya kerana enggan berkawan (unfriend) di Facebook, seorang remaja perempuan diserang jiran lelakinya yang memecah masuh ke rumah mangsa di Samut Prakan, tengah Thailand, baru-baru ini.
Kes tersebut diajukan ibu saudara mangsa, 14, kepada pempengaruh terkenal, Kan Jom Phalang atau nama sebenarnya, Kanthat Pongpaiboonwet.
Menurut portal online Thai News Room, Kanthat kemudian membawa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bang Phli pada 18 Julai lalu.
“Perbuatan ini salah. Pelaku tiada hak memecah masuk ke rumah dan menyerang mangsa hanya kerana enggan berkawan di Facebook,” ujar beliau.
Kanthat berkata, kejadian itu yang turut dirakam seorang rakan pelaku, terjadi pada pukul 7 pagi sebelum mangsa mahu ke sekolah.
Bapa mangsa pada mulanya enggan melaporkan perkara berkenaan, namun ibunya mahukan keadilan.
Ini bukan kali pertama pelaku mengganggu keluarga mangsa.
Difahamkan, pelaku turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah. – AGENSI