Dera anjing Husky: DVS buka kertas siasatan

Dera anjing Husky: DVS buka kertas siasatan

JABATAN VETERINAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengambil tindakan susulan laporan tular berhubung seorang lelaki mendera anjing Husky di sebuah Kondominium Landsmark Residence 1, Kajang, Selangor baru-baru ini.

DVS dalam kenyataan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

Jika didapati bersalah, boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000.00 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

“DVS mengesahkan menerima aduan secara rasmi berhubung kes tersebut
yang berlaku di kondominium berkenaan pada 1 Julai lepas pada pukul 11.50 malam.

“Susulan aduan tersebut, DVS membuat pemeriksaan awal di lokasi kejadian pada 2 Julai lepas pada pukul 11.00 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati anjing Husky tersebut telah dibawa keluar oleh orang awam dari lokasi kejadian ke klinik haiwan swasta yang terletak di sekitar Kota Damansara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, bertindak atas maklumat tersebut, DVS telah mengambil milik anjing Husky tersebut untuk tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut oleh Pegawai Veterinar.

“Keterangan suspek yang terlibat dalam kes ini telah diambil dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” ujarnya.

Selain itu, DVS juga ingin menegaskan bahawa DVS tidak pernah mengeluarkan
sebarang kenyataan berhubung keadaan anjing Husky sebelum ini seperti mana yang
ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

“DVS memandang serius tindakan mana-mana individu yang membuat tuduhan palsu di rangkaian media dan aplikasi sosial.

“Justeru, DVS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan
perkara sedemikian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya