Demonstrasi jalanan masih ampuh desak kerajaan

Demonstrasi jalanan masih ampuh desak kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA konflik di Gaza belum berkesudahan dan operasi khas ketenteraan Moscow di Kiev sudah dua tahun berlarutan, tiba-tiba dunia digemparkan dengan protes di Dhaka, Bangladesh.

Aksi tunjuk rasa yang dianjurkan sejak 1 Julai, kemuncaknya adalah pada Jumaat lalu. Ribuan pelajar bersatu hati berhimpun di jalanan, sehingga sanggup membakar kereta dan anggota polis dianggap sebagai ‘musuh’.

Walaupun ratusan hingga ribuan peserta protes mengalami kecederaan akibat bertempur dengan penguat kuasa, semangat mereka tidak pernah luntur. 

Isyarat dan mesej terhadap kerajaan jelas supaya menarik balik cadangan melaksanakan sistem kuota pengambilan pekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

Menerusi sistem itu, sebanyak 30 peratus penempatan akan diberikan kepada ahli keluarga pekerja veteran yang berjuang dalam perang kemerdekaan negara itu pada 1971 menentang Pakistan.

Ribuan peserta protes berpendirian sistem kuota adalah satu cabang diskriminasi dan hanya memberi laba keuntungan kepada penyokong Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang mewakili Parti Liga Awami.

Sebaliknya, mereka hanya meminta kerajaan untuk mempertimbangkan sistem berasaskan merit bagi pengambilan penjawat awam.

Rakyat tiada pilihan lain selain protes agar tindakan agresif ini benar-benar diambil peduli oleh pihak atasan. 

Akibatnya, kerajaan melaksanakan darurat selama dua hari ketika keadaan sudah menjadi  semakin tidak terkawal.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan situasi di Bangladesh ‘sangat tidak menentu dan sukar dijangka’.

Kedutaan AS di Dhaka terpaksa membatalkan semua operasi dan perkhidmatan di pejabat Konsulat itu dan menasihatkan pegawainya berlindung sehingga keadaan kembali pulih.

AS malah menuntut Kerajaan Dhaka bertanggungjawab kerana mencabuli hak asasi manusia dengan menyekat akses internet dan perkhidmatan jalur lebar.

Protes yang asalnya bermula di Dhaka, kini merebak ke 47 daerah di seluruh negara.

Perkembangan itu membimbangkan kerajaan pimpinan Hasina kerana hampir merebak di kesemua 64 daerah yang terdapat di negara itu.

Keadilan yang diperjuangkan ada asas yang kukuh. Ini kerana, 32 juta anak muda masih bergelar penganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Adakah Kerajaan Bangladesh akan mengkaji semula sistem kuota itu, atau terus berdegil demi keuntungan kantung politik mereka?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya