Daesh tanam 139 mayat dalam kubur besar di Iraq

Daesh tanam 139 mayat dalam kubur besar di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSUL: Sebanyak 139 mayat ditemukan dalam sebuah kubur besar di lubang Alo Antar di Tal Alfar, kira-kira 70 kilometer barat Mosul di utara Iraq.

Setakat ini, tidak diketahui berapa banyak mayat yang dibuang ke dalam lubang itu, namun usaha mencari mangsa lain masih diteruskan pihak berkuasa.

Pengarah Kubur Besar di Yayasan Syahid, Dia Karim berkata, kesemua mayat itu dipercayai mangsa kekejaman kumpulan militan Daesh.

Yayasan Syahid adalah sebuah institusi kerajaan yang ditugaskan untuk mencari kubur besar dan mengenal pasti mayat.

Jelasnya, pihaknya sudah mengeluarkan 139 mayat, termasuk bahagian anggota badan manusia.

“Mangsa adalah wanita dan lelaki berasal daripada pemerintahan Daesh atau ketika Al-Qaeda hadir di kawasan itu.

“Testimoni juga mencadangkan mangsa adalah dari puak Yazidi, Syiah Turkmenistan dan anggota pasukan keselamatan dari Mosul,” kata Karim.

Militan Daesh memerintah kawasan Syria dan Iraq, manakala pejuangnya melakukan pemenggalan kepala, penyeksaan dan perhambaan serta meninggalkan banyak kubur besar.

Di utara Iraq, mereka melakukan beberapa kekejaman terburuk terhadap puak Yazidi, minoriti etnik dan agama termasuk hukuman mati beramai-ramai dan perhambaan seksual.

Ahmed al-Assadi dari Yayasan Syahid berkata, mangsa tidak dikebumikan tetapi dibuang ke dalam lubang dengan kedalaman antara 12 hingga 42 meter.

“Sebahagian daripada mangsa ditembak dan yang lain ditemukan dengan bahagian kerongkong mereka dipotong serta beberapa ditemukan dalam beg mayat,” jelasnya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan Daesh meninggalkan lebih 200 kubur besar yang mungkin mengandungi 12,000 mayat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya