Daesh ancam keselamatan Syria - Utusan Malaysia

Daesh ancam keselamatan Syria

GEIR PEDERSEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pergolakan di Syria dijangka semakin meruncing berikutan ancaman serangan oleh kumpulan pengganas Daesh yang bakal meningkat tahun ini.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Geir Pedersen semalam memberitahu Majlis Keselamatan, ancaman tersebut boleh memburukkan lagi keadaan di Syria yang berdepan perang saudara sejak 13 tahun lalu.

“Keadaan di Syria sudah huru-hara dengan kehadiran kumpulan bersenjata, pengganas dan tentera asing.

“Kita tidak boleh memandang ringan ancaman baharu yang boleh memburukkan lagi situasi di sana,” kata Pedersen.

Tambahnya, konflik di Gaza juga memberi kesan apabila Israel turut melancarkan serangan terhadap Syria.

Kumpulan pengganas Daesh menguasai sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq selepas merampasnya pada 2014.

Daesh berundur dari Iraq selepas ditumpaskan tentera negara itu pada 2017, namun saki baki anggotanya masih beroperasi di Iraq dan Syria.

Hampir 500,000 penduduk Syria maut dalam perang saudara selepas kerajaan pimpinan Presiden, Bashar al-Assad melakukan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang membantah pemerintahannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN