Cubaan bunuh Trump, seorang penyokong maut ditembak

Cubaan bunuh Trump, seorang penyokong maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang penyokong Donald Trump maut akibat terkena tembakan semasa kempen jerayawara pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) di Pennsylvania, hari ini.

Serangan turut menyebabkan dua penonton lain cedera parah, lapor CNN.

Tembakan mengejut itu dilepaskan ketika Trump sedang menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya, sebelum beliau lihat memegang telinga kanannya.

Ejen Perkhidmatan Rahsia bergegas dan meluru ke pentas untuk melindungi Trump, sambil dikawal rapi anggota beruniform lengkap bersenjata.

Trump kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan berperisai dan dikejarkan ke pusat perubatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Lokasi perhimpunan Trump itu ditinggalkan dalam keadaan kerusi yang dirobohkan dan pita polis berwarna kuning dipasang keliling pentas. -CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN