BUFFALO: Bekas Ketua Bomba yang terbunuh dalam perhimpunan semasa kempen pilihan raya Donald Trump menghabiskan detik-detik terakhirnya melindungi ahli keluarganya daripada tembakan rambang semasa cubaan bunuh terhadap bekas Presiden itu.
Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro mengesahkan Corey Comperatore, 50, meninggal dunia sebagai ‘wira’, kerana menggunakan tubuhnya sebagai perisai untuk melindungi isteri dan anak perempuannya daripada peluru.
“Isterinya berkongsi dengan saya bahawa dia menyara keluarganya untuk melindungi mereka,” kata Shapiro.
Presiden Joe Biden dan wanita pertama Jill Biden menyampaikan takziah mendalam mereka kepada keluarga Comperatore.
“Dia adalah seorang bapa. Dia melindungi keluarganya daripada peluru yang dilepaskan dan dia kehilangan nyawanya, Tuhan sayangkan dia. Kami juga berdoa agar mereka yang cedera pulih sepenuhnya,” kata Biden.
Sekurang-kurangnya dua orang lagi cedera semasa cubaan membunuh Trump pada perhimpunan Sabtu alu di Butler, Pennsylvania.
Kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai David Dutch, 57, dari New Kensington, Pennsylvania dan James Copenhaver, 74, dari Moon Township, Pennsylvania, menurut Polis Negeri Pennsylvania.
Kedua-duanya disenaraikan dalam keadaan stabil setakat Ahad.
Ejen Perkhidmatan Rahsia berkata,pihaknya berjaya menembak suspek yang menyerang dari kedudukan tinggi di luar tempat perhimpunan.
Sekurang-kurangnya lima das tembakan dilepaskan semasa Trump baru memulakan ucapan.
Trump dilihat memegang telinga kanannya sebelum rebah ke tanah.
Beberpaa ejen bertindak pantas mencipta perisai di sekelilingnya. Apabila Trump berdiri, kelihatan mukanya berdarah, sambil menunjukkan isyarat penumbuk kepada penyokongnya yang bersorak. -AP