Copa America: Brazil tersingkir di tangan Uruguay

Copa America: Brazil tersingkir di tangan Uruguay

SEPAKAN Brazil Douglas Luiz berjaya dinafikan penjaga gol Uruguay Sergio Rochet pada penentuan penalti di aksi suku akhir Copa America di Stadium Allegiant, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Brazil terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar oleh Uruguay di suku akhir Copa America selepas tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti sebentar tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sekali gus Uruguay layak ke separuh akhir Copa America 2024 bertemu Colombia.

Dalam perlawanan tegang itu menyaksikan 41 kekasaran direkodkan daripada kedua-dua pasukan.

Brazil juga gagal menggunakan kelebihan bermain lebih seorang pemain ekoran kad merah diterima pemain Uruguay Nandez susulan semakan VAR berikutan terjahannya ke atas Rodrygo.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya