BEIJING: Tentera laut China dan Rusia memulakan latihan bersama di pelabuhan tentera di selatan China, lapor agensi berita rasmi Xinhua, beberapa hari selepas sekutu NATO menggelar Beijing sebagai ‘pemboleh penentu’ perang di Ukraine.
Kementerian Pertahanan China dalam satu kenyataan ringkas berkata, pasukan dari kedua-dua pihak membuat rondaan di barat dan utara Lautan Pasifik, baru-baru ini.
Operasi itu tiada kaitan dengan situasi antarabangsa dan serantau dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga. -AP