China raih dua, Australia satu emas

China raih dua, Australia satu emas

Grace Brown menjadi penyumbang pingat emas pertama kepada Australia di Sukan Olimpik Paris 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: China mengunguli kedudukan kutipan pingat pada hari ketiga Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengutip dua pingat emas menerusi acara terjun dan menembak.

AKSI Chang dan Chen sukar dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Olimpik Paris 2024.-AFP

Bagi acara terjun juara dunia tiga kali, Chang dan Chen sukar ditandingi apabila meraih pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita selepas mengutip 337.68 mata.

Emas kedua China hadir menerusi acara menembak berpasukan 10 meter rifle campuran yang disumbang oleh Huang Yuting dan Sheng Lihao.


Huang Yuting dan Sheng Lihao raih emas dalam acara menembak berpasukan 10 meter rifle campuran di Olimpik Paris 2024.-AFP

Lebih manis ia adalah emas pertama diraih China dalam acara berkenaan.

Sementara itu, atlet berbasikal Australia Grace Brown menjadi penyumbang pertama emas buat negaranya selepas mendominasi acara ujian masa.

Pelumba berusia 32 tahun itu melengkapkan kayuhan sejauh 32.4 kilometer (km) dengan catatan masa 39 minit 38 saat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya