PETALING JAYA: Belum sempat Sukan Olimpik Paris membuka tirainya, China memulakan peperangan psikologi ke atas kem badminton Malaysia selepas jurulatihnya, Sun Jun memandang rendah terhadap kemampuan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia. Sun pernah muncul juara dunia pada 1999 memberi pandangannya terhadap Zii Jia ketika Piala Thomas sebelum disiarkan dalam satu dokumentari stesen penyiar China, CCTV. Katanya, kelemahan pemain utama Zii Jia adalah kekuatan mental sebaik sahaja berada ketinggalan ketika beraksi. Sun turut meragui kesungguhan dan kemampuan Zii Jia dan pandangannya itu secara tidak langsung meremehkan usaha pemain kelahiran Kedah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya