Bunga Raya 15s perlu ‘sekolah’ semula

Bunga Raya 15s perlu ‘sekolah’ semula

AKSI Skuad Bunga Raya 15s ketika tumpas 6-70 kepada Hong Kong dalam perlawanan kedua Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pemain ragbi negara, K. Dinesvaran meluahkan pendapat bahawa skuad ragbi kebangsaan 15 sebelah (15s) wajib menjalani latihan kem berpusat semula sebelum melangkah ke kejohanan antarabangsa.

Beliau yang mesra disapa Dugro berkata tempoh itu sangat mencukupi bagi skuad Bunga Raya (15s) untuk menganalisis kelemahan dan mempertingkatkan kelebihan.

Bekas pemain ragbi negara, K. Dinesvaran atau mesra disapa Dugro.

“Lama saya fikir tentang perkara ini. Sejujurnya mereka perlu latihan berpusat sekurang-kurangnya enam bulan tetapi bukan secara berterusan. Dari situ kita dapat membina pasukan yang mampan.

“Saya lihat pemain sudah serasi, jadi program selama setengah tahun itu mencukupi. Jika kita Berjaya laksanakannya sekali gus dapat mengekalkan standard yang tinggi dalam liga premier,” katanya.

Pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024, Malaysia gagal memenangi sebarang perlawanan selepas tewas kepada Emiriah Arab Bersatu 62-19, Korea Selatan (5-55) diikuti Hong Kong (6-70) di laman sendiri.

Dalam pada itu, Dugro menambah tugas jurulatih sangat sukar dalam membina pasukan yang utuh pada masa yang singkat sekali gus boleh memberi risiko tinggi kepada pemain.

“Kita bawa jurulatih dari All Blacks dan bagi dia memberi latihan pun sukar untuknya. Dia pun tidak boleh mengubah kerana dia mahu keadaan pemain yang betul bersedia.

“Susah dalam enam minggu kerana dalam latihan berterusan boleh cedera. Kalau tidak menjalani latihan mereka pula tidak bersedia. Itu saya cakap, enam bulan tempoh yang baik,” ujarnya.

Dugro merupakan pengarah Program Akademi Ragbi Royal Selangor Club (RSC) bersedia mencurahkan ilmunya dan pengalaman bagi mempertingkatkan peringkat akar umbi kepada ramai pemain sebanyak yang mungkin dalam membangunkan sukan ragbi kebangsaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya