Budak 11 tahun jadi yatim piatu sekelip mata

Budak 11 tahun yatim piatu sekelip mata, 4 ahli keluarga maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YORKSHIRE: Seramai empat dewasa dan dua kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di jalan kampung barat Yorkshire.

Insiden ngeri itu berlaku apabila kereta milik sebuah keluarga, Ford Focus bertembung dengan sebuah motosikal berhampiran Newmillerdam, West Yorkshire, pada pukul 3.45 petang, Ahad lalu.

Pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua penunggang dan pembonceng motosikal dan penumpang kereta maut.

Susulan tragedi itu, saudara mara pasangan tersebut meluahkan rasa dukacita terhadap nasib yang menimpa kanak-kanak 11 tahun kerana kehilangan ibu dan bapanya, serta dua adiknya sekelip mata.

Polis West Yorkshire menyifatkan pelanggaran tu sebagai kejadian yang sangat tragis dan meminta saksi tampil dengan rakaman kamera pemuka.

Difahamkan, Ford Focus itu terbakar selepas bertembung dengan motosikal itu.

Rakaman Imej menunjukkan serpihan kenderaan yang hancur di tepi jalan.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kemalangan, namun gagal menyelamatkan kesemua mangsa. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN