Bot terbalik di Mauritania, 89 PATI maut - Utusan Malaysia

Bot terbalik di Mauritania, 89 PATI maut

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOUAKCHOTT: Sebuah bot besar nelayan yang membawa hampir 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan terbalik di luar pantai Mauritania.

Bot itu difahamkan dalam pelayaran menuju ke Eropah, ketika berada di pantai Lautan Atlantik, kira-kira empat kilometer (km) dari bandar Ndiago yang menyebabkan puluhan lagi masih hilang.

Agensi berita tempatan melaporkan pengawal pantai menyelamatkan sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, pada Khamis.

“Bot itu berlayar dari sempadan Senegal dan Gambia dengan 170 penumpang di dalamnya.

“Ini bermakna, jumlah yang masih hilang adalah 72 orang,” kata pihak berkuasa tempatan.

Golongan PATI kerap melakukan pelayaran dengan membawa lebihan muatan di laluan Atlantik yang amat berbahaya kerana arus deras.

Mereka selalunya menggunakan bot usang serta tanpa bekalan air minuman yang mencukupi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya