Beregu negara masuk ‘gear lima’ buru pingat Olimpik Paris

Beregu negara masuk ‘gear lima’ buru pingat Olimpik Paris

Ketua kontinjen negara, Datuk Hamidin Mohd Amin (tengah) bergambar dengan barisan pemain negara yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.-IHSAN OCM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bahang Sukan Olimpik Paris 2024 semakin hangat apabila tiga beregu negara kini berada pada tahap terbaik bagi menuai pingat emas pertama Malaysia.

Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah serta Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menyatakan semangat mereka kian membara selepas menjalani kem latihan terakhir selama seminggu di Lille.

“Aaron-Wooi Yik dari segi teknik dan skill tiada masalah cuma beberapa perkara perlu diambil kira untuk menangani tekanan manakala Tang Jie-Ee Wei kembali dalam kondisi terbaik untuk mengawal situasi dalam gelanggang nanti.

“Sama juga dengan Pearly-Thinaah mereka bersemangat setiap kali turun menjalani latihan. Cuma apa yang perlu kami tekankan adalah mengelakkan Pearly dari mengalami kecederaan,” kata Rexy.

Terdahulu, ketua kontinjen negara, Datuk Hamidin Mohd Amin hadir melawat kem badminton yang berlatih di Lille sejak 19 Julai lalu sejurus tiba di Perancis dari Mallorca, Sepanyol.

Sementara itu, Hamidin menekankan skuad badminton harus fokus satu per satu ketika kejohanan peringkat kumpulan berlangsung 27 Julai ini.

“Saya jumpa pemain dan barisan kejurulatihan secara privasi dan mereka betul mahu pingat emas. Saya kata kepada mereka bahawa kita sasar mereka lolos dari peringkat kumpulan dahulu.

“Selepas itu baru kita fikir untuk menempah tiket ke separuh akhir dan pada akhirnya berentap di final. Ini mengurangkan beban mereka dan sekali gus menetapkan sasaran mereka secara berperingkat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya