Bedilan kereta kebal bunuh 16 penduduk Gaza - Utusan Malaysia

Bedilan kereta kebal bunuh 16 penduduk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sebanyak 16 penduduk Palestin terbunuh dalam satu bedilan kereta kebal tentera Israel di Bani Suhaila, timur Khan Younis, ketika serangan terhadap wilayah Gaza diperluaskan hari ini.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, serangan tersebut dilancarkan susulan arahan rejim Zionis yang memaksa sebuah kawasan menempatkan pelarian dikosongkan di al-Mawasi.

Pegawai itu berkata, Israel turut melancarkan serangan udara di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, arahan pemindahan itu tidak melibatkan kemudahan kesihatan.

Terdahulu, penduduk Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensi bantuan antarabangsa menyatakan tiada lagi tempat yang selamat di Gaza.

Awal bulan ini, puluhan penduduk Palestin maut dalam serangan berasingan di al-Mawasi yang sepatutnya dijadikan kawasan menerima bantuan kemanusiaan.

Israel mendakwa menyasarkan serangan berkenaan terhadap anggota kepemimpinan tertinggi Hamas.

Bagaimanapun, pegawai Palestin menyatakan, itu hanyalah alasan Israel untuk terus membedil Gaza dan penduduknya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN