BAM sentiasa ‘di belakang’ Jin Wei

BAM sentiasa ‘di belakang’ Jin Wei

PERSEORANGAN Profesional wanita negara, Goh Jin Wei tidak perlu risau Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memberi bantuan penuh kepada dirinya di Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi bantuan sepenuhnya dari segi barisan jurulatih kepada pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah pentadbiran BAM, Michelle Chai berkata, pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengambil berat terhadap Jin Wei dan memastikan beliau akan menerima bantuan secukupnya.

Menurut beliau, jadual perlawanan Jin Wei tidak akan bertembung dengan wakil yang lain dibawah naungan BAM supaya pemain berusia 24 tahun itu mendapat khidmat jurulatih di sisi ketika acara berlangsung.

“Saya fikir Rexy sudah berbincang dengan Jin Wei. Rasanya minggu lepas. Tetapi perbincangan lebih terperinci antara mereka berdua akan dilakukan dalam masa terdekat. Jadi Jin wei tidak perlu risau sebab akan ada seorang jurulatih dari BAM akan bantu dia.

“Untuk secara terperinci siapa yang akan menjaga dia ketika hari perlawanan itu, Rexy akan buat keputusan kerana dia adalah pengarah jurulatih BAM dari pihak kami,”katanya di ABM, semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Jin Wei terpaksa akur dengan keputusan bahawa dia akan ke temasya Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatihnya, Nova Armada.

Susulan daripada itu, tanpa hadirnya jurulatih di sisi sekali gus mengurangkan keyakinan Jin Wei bagi memulakan perhitungan di Paris.

Dalam pada itu, Michelle mengesahkan bahawa lima jurulatih ABM akan mengiringi kontinjen badminton negara ke Paris selepas mendapatkan lima kuota kad akreditasi daripada penganjur.

“Jurulatih yang akan ke Paris ialah Rexy, Tan Bin Shen (jurulatih beregu lelaki), Hoon Thien How )jurulatih beregu wanita), Nova Widianto (jurulatih beregu campuran) dan Wong Tat Meng (jurulatih perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya