Bagan Datuk, Pandan, Seremban, Kota Raja lokasi himpunan seterusnya selepas Tambun

Bagan Datuk, Pandan, Seremban, Kota Raja lokasi himpunan seterusnya selepas Tambun

AIDIL Yunus bercakap pada sidang media di hadapan IPD Putrajaya . -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tidak hanya Tambun selepas ini, malah ‘Himpunan Rakyat Lawan Anwar’ juga bakal berhimpun di beberapa Parlimen lain yang diwakili pemimpin politik negara sebelum perhimpunan terbesar dijangka 24 November depan.

Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus atau dikenali sebagai YB Viral berkata, bermula Sabtu lalu di Kediaman Seri Perdana, pihaknya merancang untuk berhimpun di Bagan Datuk, Pandan, Seremban, Kota Raja dan beberapa Parlimen lain.

Beliau berkata, Parlimen berkenaan adalah antara ‘pit stop’ (lokasi persinggahan himpunan) sebelum perhimpunan pusingan kedua pada November.

“Kita akan pergi lebih banyak tempat bermula Sabtu lalu hingga 24 November ini dan Anwar (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh jangka lebih banyak yang kami akan lakukan selepas ini.

“Sebelum pusingan kedua (24 November) itu, akan ada beberapa persinggahan. Selain himpunan di jalanan, kami juga akan adakan forum awam dan sesi town hall.

“Akan ada empat forum awam bermula 28 Julai ini yang dinamakan Dewan Demi Negara. Kita akan bincangkan lapan tuntutan di forum itu,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya selepas selesai memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Katanya, pihaknya sudah bersedia untuk bergerak lebih besar selepas ini demi memperjuangkan tuntutan untuk rakyat dan negara.

Sementara itu, Aidil berkata, beliau juga ingin menjelaskan bahawa himpunan dianjurkannya itu tidak ada kaitan untuk menggugat kempen Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap ketika ini sebaliknya hanya memperjuangkan hak rakyat.

“Saya tidak berniat untuk kempen di PRK itu, saya ahli UMNO tapi di belakang saya ada ahli PKR dan DAP. Saya takkan kempen di PRK demi Kerajaan Perpaduan. Tidak dan saya tidak akan buat perkara itu.

“Saya juga tidak dijemput untuk ke Sungai Bakap. Langsung tiada orang hubungi dan jemput pun,” katanya.

Katanya, pihaknya juga tidak akan masuk ke mana-mana PRK selepas ini untuk meraih sokongan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak teragak-agak untuk masuk ‘berkempen’ mana-mana di PRK selepas ini jika kerajaan terus menekan rakyat dengan polisi dan dasar yang membebankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya