Australia sekat pendatang haram Israel - Utusan Malaysia

Australia sekat pendatang haram Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia semalam mengenakan sekatan kewangan dan larangan perjalanan terhadap tujuh pendatang haram Israel dan sebuah kumpulan belia yang didakwa terlibat dalam keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.

Menteri Luar, Penny Wong berkata, tujuh individu itu terlibat dalam beberapa kes kematian membabitkan serangan seksual dan keganasan teradap penduduk Palestin, manakala kumpulan yang tidak dinamakan itu bertanggungjawab menghasut dan melakukan keganasan.

“Kami menggesa Israel memastikan semua pendatang haram itu dihadapkan ke muka pengadilan dan hentikan aktiviti merampas kediaman penduduk Palestin.

“Tindakan itu hanya menyemarakkan lagi ketegangan dan menjejaskan penyelesaian dua negara,” jelas Wong dalam satu kenyataan.

Dalam reaksi kepada keputusan Australia, Kedutaan Israel di sini mengutuk tindakan keganasan terhadap komuniti Palestin.

“Israel akan berusaha untuk membawa golongan pelampau yang terlibat ke muka pengadilan,” kata seorang jurucakapnya menerusi satu dalam e-mel.

Serangan ganas oleh pendatang haram Israel di Tebing Barat meningkat susulan konflik Israel di Gaza yang bermula pada 7 Oktober lalu.

Australia menganggap penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah haram dan merupakan halangan kepada keamanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya