AS terus jadi sekutu kuat Israel - Utusan Malaysia

AS terus jadi sekutu kuat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya akan terus menjadi sekutu terkuat Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat walau siapa pun terpilih menjadi Presiden pada Pilihan Raya Presiden November ini.

Beliau yang dijangka memberi ucaptama di Kongres AS dalam rangka kerja lawatannya ke negara itu berkata, pihaknya akan menerima siapa pun yang dipilih rakyat AS sebagai Presiden.

“Dalam keadaan perang yang tidak menentu ini, amat penting untuk musuh mengetahui yang Israel dan AS akan terus menjadi sekutu kuat, hari ini, esok dan selamanya,” ujar beliau kepada Reuters sebelum berlepas ke Washington.

Kunjungan pemimpin Israel ke AS itu dibuat ketika Presiden AS, Joe Biden menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden dan menamakan Timbalannya, Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat.

Ia juga dilihat sebagai cubaan Netanyahu memulihkan hubungan dingin Tel Aviv dan Washington susulan serangan besar-besaran yang dilancarkan terhadap Gaza sejak Oktober lalu.

Beliau dijangka bertemu Biden hari ini dan memberi ucaptama di Kongres esok.

Netanyahu berkata, Israel turut berterima kasih kepada Biden atas sokongan yang diterima sepanjang beliau menjadi Presiden AS.

Antara perkara lain yang akan dibincangkan dua pemimpin tersebut adalah pembebasan tentera Israel di Gaza, bagaimana untuk menumpaskan Hamas dan peranan Iran dalam perang di rantau tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya