'AS, Israel perlu bersatu kalahkan Hamas' - Utusan Malaysia

‘AS, Israel perlu bersatu kalahkan Hamas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: ‘AS dan Israel perlu bersatu. Apabila kita sepakat, kita akan menang dan mereka (Hamas) kalah.’ Itu kata-kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berucap di Kongres AS mengenai konflik Israel-Palestin.

Beliau pada masa sama berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Presiden AS, Joe Biden atas sokongan Washington selama ini kepada Israel dalam peperangan menentang Hamas.

Netanyahu malah mengambil peluang mendesak AS membekalkan lebih banyak senjata kepada tentera Zionis bagi membolehkan serangan gerila dan di kawasan darat mencapai sasaran.

Ini kerana, lebih banyak senjata diterima, lebih cepat Israel boleh menewaskan musuh.

Terdahulu, ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di sekitar bangunan Capitol semalam, sebagai membantah kunjungan pemimpin berhaluan kanan di Knesset, Israel itu.

Penunjuk perasaan dilihat mengibarkan bendera AS, membakar patung Netanyahu yang berlumuran darah serta melaungkan slogan pro-Palestin sebelum berarak dari Union Station ke bangunan Capitol yang menempatkan Kongres.

BBC melaporkan, kumpulan pembantah turut menyekat enam persimpangan ke bangunan Capitol ketika pasukan keselamatan dikerah mengawal keadaan.

Jelas BBC, ada antara penunjuk perasaan bertindak ganas dengan merempuh barisan anggota polis yang berkawal sehingga memaksa pasukan keselamatan itu melepaskan semburan lada.

Polis melaporkan, kira-kira 200 penunjuk perasaan ditahan berikutan kejadian tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN