AS gelabah, minta India 'pujuk' Russia - Utusan Malaysia

AS gelabah, minta India ‘pujuk’ Russia

SEBAHAGIAN bangunan kediaman yang rosak di bandar Kherson akibat serangan udara Russia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hubungan baik antara New Delhi dan Moscow diyakini mampu memberi kelebihan buat Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi mendesak Presiden Rusia, Vladimir Putin menamatkan operasi khas ketenteraan di Ukraine, kata Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre.

Ia susulan laporan berita di media Barat yang mendakwa mengenai kematian kanak-kanak, selepas Russia melancarkan serangan di hospital kanak-kanak di ibu kota Ukraine, Kiev.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, angka kematian meningkat 37 orang termasuk tiga kanak-kanak. Lebih 170 orang pula mengalami kecederaan.

Zelenskiy menerusi Telegram memaklumkan lebih 100 bangunan musnah selain hospital kanak-kanak dan pusat bersalin itu.

Kementerian Dalam Negeri turut melaporkan kerosakan di bandar Kryvyi Rih dan Dnipro serta dua bandar di kawasan timur Ukraine.

Kerajaan Ukraine mengumumkan Selasa sebagai hari serangan paling dahsyat sekaligus memberi isyarat buat Kyiv menambah baik fasiliti pertahanan bersama sekutu Barat.

Kenyataan daripada White House itu hadir ketika pertemuan Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang dijadualkan pada Khamis.

Menurut Jean-Pierre, pertemuan berkenaan akan berlangsung di luar sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), sejurus sebelum sesi Majlis NATO-Ukraine.

Pertemuan tersebut merupakan pertemuan kali ketiga di antara kedua-dua pemimpin dalam beberapa minggu kebelakangan ini.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya