AS cegah Israel serang Lebanon - Utusan Malaysia

AS cegah Israel serang Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengetuai usaha diplomatik untuk mencegah Israel menyerang ibu negara Lebanon, sebagai respons kepada serangan roket di Majdal Shams di Golan Heights, yang membunuh 12 orang kanak-kanak Sabtu lalu.

Menurut lima sumber termasuk diplomat Lebanon dan Iran ke Asia Barat dan beberapa diplomat Eropah, Israel dan AS percaya serangan berkenaan didalangi Hezbollah walaupun pergerakan itu menafikan penglibatannya.

“Bagaimanapun kami dalam satu perbincangan mahu mencegah Israel daripada melancarkan serangan balas terhadap bandar Beirut yang padat dengan penduduk.

“Kami juga mahu mengelak perkara buruk sekiranya serangan dilancarkan ke lapangan-lapangan terbang dan jambatan Utama,” jelas sumber terbabit kepada Reuters.

Timbalan Speaker Parlimen Lebanon, Elias Bou Saab, yang menghubungi pengantara AS, Amos Hochstein sejak insiden tersebut berkata, Washington hanya mahu menyerang kedudukan Hezbollah.

“Hochstein berkata akan mengelak daripada menyerang orang awam dan lokasi-lokasi tidak berkaitan,” kata Saab.

Serangan roket Sabtu lalu itu di sebuah padang bola sepak di Majdal Shams, turut mencederakan beberapa individu lain.

Media Lebanon meyifatkan insiden di Majdal Shams adalah kesilapan Isral sendiri ataupun tindakan yang sengaja dilakukan untuk mengeksploitasi situasi politik dan ketenteraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN