AS bazir RM7.7 bilion untuk perang di Ukraine - Utusan Malaysia

AS bazir RM7.7 bilion untuk perang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hanya membazirkan wang yang banyak untuk konflik di Ukraine, ketika hutang negara buat kali pertama dalam sejarah mencecah AS$35 trilion (RM162 trilion).

Perkara itu disuarakan Duta Russia ke AS, Anatoly Antonov, yang mengulas pengumuman Washington mengenai pakej bantuan ketenteraan baharu untuk Ukraine yang bernilai kira-kira AS$1.7 bilion (RM7.7 bilion).

“Bayangkan betapa banyak kebaikan yang boleh dilakukan dengan wang yang dibazirkan kepada rejim neo-Nazi dan pengganas di Kiev.

“Ia boleh digunakan untuk tujuan keamanan, pembangunan dan menyelesaikan pelbagai masalah sosial serta ekonomi domestik di AS,” katanya seperti laporan agensi berita Russia, Tass.

Antonov berkata, Washington terus melakukan pembaziran menerusi konflik Ukraine sedangkan pembekalan senjata kepada negara itu tidak dapat mengubah situasi di medan perang.

Tambahnya, langkah itu sebaliknya hanya akan memanjangkan konflik dan menyebabkan lebih banyak korban termasuk dalam kalangan orang awam.

“Malangnya pihak yang mendapat keuntungan serta habuan dalam perniagaan melibatkan senjata hanya mementingkan diri dan tidak memikirkan kesan terhadap orang awam,” katanya.

Pentagon mengumumkan bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine bernilai RM7.7 bilion membabitkan AS$200 juta (RM925 juta).

Dana itu  diperoleh dari Lembaga Ketenteraan Presiden dan baki AS$1.5 bilion (RM7 bilion) daripada Dana Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya