MIAMI: Jaringan Lautaro Martinez pada masa tambahan memastikan Argentina menambah koleksi piala Copa America ke-16 selepas menewaskan Columbia 1-0, sebentar tadi. Lebih manis, kemenangan itu menjadi hatrik buat Argentina dalam kejohanan utama selepas kejayaan pada edisi 2021 serta Piala Dunia 2022 di Qatar. Pada aksi di Stadium Hard Rock terbabit, sepak mula ditangguh selama 82 minit susulan kekecohan tindakan peminat tanpa tiket cuba merempuh masuk pagar stadium berkenaan. Columbia tampil dengan bertenaga pada awal permainan dan hampir memecah kebuntuan pada minit ke-33 apabila Jeferson Lerma merembat dari jarak 20 meter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya