Arab Saudi senarai hitam 54 syarikat umrah - Utusan Malaysia

Arab Saudi senarai hitam 54 syarikat umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Riyadh menyenarai hitam 54 syarikat pengusaha pelancongan yang menganjurkan perjalanan umrah di 19 negara Arab dan Islam kerana melanggar peraturan. 

Lapor Arab News, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha memerangi kegiatan haram dalam perjalanan palsu umrah di Arab Saudi, selepas agensi pelancongan dikesan melanggar peraturan semasa musim haji, Jun lalu. 

Beberapa syarikat jemaah haji di Arab Saudi sedang menyelaras dengan agensi keselamatan negara untuk mendedahkan sindiket orang tengah umrah di dalam dan luar negara, tambah akhbar tersebut.

Orang tengah sedemikian dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia kerana mereka dituduh membawa masuk jemaah haji tidak berdaftar yang tidak mampu membayar kos sah umrah untuk visa lawatan, katanya memetik sumber rahsia.

Setakat ini, belum ada ulasan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi mengenai laporan itu. 

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Abdul Fatah Mashat, bertemu wakil syarikat umrah untuk membincangkan persiapan menghadapi musim umrah baharu yang bermula selepas 1.8 juta umat Islam menunaikan ibadah haji tahunan di dalam dan sekitar kota suci Mekah. 

Jun lalu, Riyadh mengumumkan 1,301 anggota jemaah haji, dengan 83 peratus daripadanya memasuki secara tidak sah, meninggal dunia semasa haji baru-baru ini, selepas meredah perjalanan jauh di bawah terik matahari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya