Arab Saudi bakal miliki menara sukan tertinggi dunia

Arab Saudi bakal miliki menara sukan tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi bakal memiliki menara sukan tertinggi di dunia yang akan dibina di ibu negara itu di Riyadh selepas reka bentuknya diluluskan.

The Global Sports Tower atau Menara Sukan Global akan menjadi mercu tanda penting dalam projek Sports Boulevard.

Menara itu direka untuk mencapai ketinggian 130 meter dengan keluasan dalaman kira-kira 84,000 meter persegi.

Pembinaan menara itu akan merangkumi lebih 30 kemudahan sukan dan tembok panjat (climbing wall) dalam bangunan setinggi 98 meter dan dijangka menjadi yang tertinggi di dunia.

Arab Saudi melancarkan projek Sports Boulevard pada 2019, yang direka merangkumi lebih 4.4 juta meter persegi kawasan hijau, ruang terbuka dan sehingga 50 kemudahan sukan pelbagai disiplin. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya