Angka korban di Gaza cecah 38,000 orang - Utusan Malaysia

Angka korban di Gaza cecah 38,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Jumlah keseluruhan kematian rakyat Palestin kini mencecah 38,011 orang sejak serangan balas rejim Zionis di wilayah terkepung itu,7 Oktober, tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan peningkatan itu disebabkan 58 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Jelasnya, jumlah individu yang mengalami kecederaan juga bertambah 87, 445 orang, manakala 11,000 masih lagi gagal dijejaki dan status hidup atau mati mereka belum dapat disahkan.

“Ramai mangsa masih terperangkap di Bawah runtuhan dan di jalan raya, namun tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat,” katanya lapor The Palestine Chronicle.

Konflik Israel-Hamas masih menemui jalan buntu apabila rejim Zionis enggan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera.

Israel malah bersikap keras kepala apabila tiga negara kuasa veto, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis memberi sokongan mutlak kepada negara haram itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya