Anggota JI sempat jual bakso - Utusan Malaysia

Anggota JI sempat jual bakso

BEKAS anggota Jemaah Islamiyah, Sabarno (kiri) dan Dodik (kanan) Ketika ditemu bual di Jawa Tengah. -KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang bekas anggota kumpulan pelampau, Jemaah Islamiyah (JI), sempat menjual bakso sebagai mata pencarian ketika menjadi buruan pihak berkuasa Indonesia.

Jelas Sabarno kepada agensi berita Kompas, selama 10 tahun dalam buruan badan anti keganasan Indonesia (Densus 88), dia bersama keluarga terpaksa berpindah ke beberapa tempat termasuk ke Kalimantan.

“Sepanjang tempoh itu, saya ibarat pelarian. Jadi saya melakukan pelbagai kerja termasuk menjual bakso. Itu pekerjaan saya yang paling lama bertahan,” katanya.

Menceritakan pengalaman tersebut, Sabarno yang menganggotai JI selama 25 tahun berkata, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dia juga tidak menggunakan telefon bimbit selama lima tahun.

“Saya juga tidak menggunakan internet bagi mengelak lokasi saya dikesan,” ujarnya.

Bapa kepada lima anak yang berasal dari Jawa Timur itu merupakan antara ratusan bekas anggota JI yang menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas kumpulan pelampau berkenaan dibubarkan pada bulan lalu.

JI yang beroperasi di beberapa negara Asia Tenggara, dikaitkan dengan pelbagai kegiatan keganasan termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa.

Organisasi yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu diasaskan pada 1993 oleh Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar, yang berasal dari Indonesia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya