YAOUNDE: Anak perempuan kepada Presiden Cameroon berkongsikan gambar dirinya mencium wanita lain, sehingga mencetuskan reaksi bercampur-baur dalam kalangan rakyat di negara itu.
Gambar yang dimuat naik dalam Instagram oleh Brend Biya, 26, memaparkan aksinya berlaga mulut dengan model Brazil, Layyons Valenca.
Bapanya, Paul Biya, 91, menjadi Presiden Cameroon pada 1982 dan merupakan sosok pemimpin paling lama memerintah negara Afrika itu.
Cameroon adalah negara yang tidak mengiktiraf seks songsang dan seks sejenis tidak kira jantina lelaki atau perempuan.
Individu yang terjebak dalam seks songsang di negara Afrika Tengah itu boleh dipenjarakan selama tempoh lima tahun. -BBC