JAKARTA: Anak kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Kaesang Pangarep mempunyai peluang cerah untuk menang dalam Pilihan Raya Gabenor bagi kerusi Jawa Tengah, bulan depan.
Perkara itu diakui oleh Pengarah Eksekutif Trias Politika Strategi, Agung Baskoro berdasarkan beberapa faktor utama.
Pertama, katanya, hasil tinjauan menunjukkan peluang Kaesang di Jawa Tengah adalah sangat cerah.
Ini dibuktikan dengan tinjauan Institut Tinjauan Indonesia (LSI) yang merekodkan namanya di carta teratas sekaligus mengatasi bilangan undian yang diterima oleh Ketua Polis Jawa Tengah, Inspektor Jeneral Luthfi di kawasan sama.
Faktor kedua,jelasnya, kelebihan Kaesang sebagai anak Jokowi.
“Apa yang pasti, Kaesang perlu memasuki pemilihan wakil ketua daerah (Pilkada) 2024 dan semua parti politik menjadi lebih realistik.
“Tidak kisah apa yang berlaku selepas 20 Oktober depan, dia akan berdepan lawan yang sangat kuat,” katanya.
Rakyat Indonesia di seluruh negara akan mengundi untuk memilih Gabenor, Datuk Bandar dan pemimpin wilayah masing-masing secara serentak buat kali pertama pada 27 November depan.
Difahamkan, kesemua parti politik sudah mengambil kira nama calon sebelum mendaftarkan calon mereka secara rasmi, akhir Ogos depan.
Kaesang merupakan ahli politik baharu dan Pengerusi Parti Solidariti Indonesia (PSI).