Aktivis alam sekitar Kemboja dihukum penjara kerana hina raja

Aktivis alam sekitar Kemboja dihukum penjara kerana hina raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja menjatuhkan hukuman penjara terhadap sekumpulan aktivis alam sekitar berhubung kesalahan merancang menentang kerajaan dan menghina raja.

Seramai 10 aktivis daripada kumpulan pemuliharaan, Mother Nature, dijatuhkan hukuman penjara antara enam hingga lapan tahun, Isnin lalu.

Tuduhan itu berkaitan dengan aktivisme Mother Nature antara 2012 hingga 2021, yang mendokumentasikan pencemaran disyaki berlaku di Sungai Tonle Sap, yang mengalir ke tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara dan merupakan hab perikanan utama.

Kumpulan itu juga membangkitkan isu mengenai pengisian tasik di Phnom Penh, pembalakan haram dan pemusnahan sumber asli di seluruh negara.

Tuduhan tambahan menghina raja ditujukan kepada tiga aktivis, semasa mesyuarat dalaman Zoom yang bocor mengenai kartun politik.

Susulan hukuman itu, empat daripada defendan ditangkap oleh anggota polis di luar mahkamah.

Enam yang lain dijatuhkan hukuman in absentia, termasuk pengasas bersama Mother Nature, Alejandro Gonzales-Davidson. Warga Sepanyol itu dihantar pulang dari Kemboja hampir sedekad lalu.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan hak asasi manusia mendakwa perbicaraan itu bertujuan untuk ‘menghalang kritikan terhadap dasar kerajaan’. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya