Air Selangor lantik Adam Saffian Ghazali sebagai CEO

Air Selangor lantik Adam Saffian Ghazali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

air selangor
Adam Saffian Ghazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengumumkan pelantikan Adam Saffian Ghazali selaku Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat kuasa 15 Julai 2024.

Adam menggantikan Ir. Abas Abdullah, yang berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dari 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2024.

Abas kini meneruskan khidmatnya sebagai Pengarah/Ketua Operasi.

Adam mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri perkhidmatan air dan utiliti.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif Aliran Ihsan Resources Berhad; Pengurus Besar, Projek Khas di MMC Corporation Berhad; dan Ketua Pegawai Kewangan Pengurusan Aset Air Berhad.

Beliau juga pernah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers. Sebelum menyertai Air Selangor, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Cukai Gunaan daripada University of New South Wales dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan & Kewangan) daripada University of Technology Sydney.

Adam juga adalah Akauntan Bertauliah Chartered Accountants Australia & New Zealand dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia.

Adam berkongsi pandangannya mengenai peranan baharunya: “Saya berasa amat berbesar hati dan teruja untuk menyertai Air Selangor dan memimpin syarikat ini dalam usaha memastikan
Setiap Titis Bermakna buat 9.3 juta pengguna kami di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bersama, kami akan memberi tumpuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pendekatan inovasi, dan memastikan pengurusan air yang mampan untuk generasi kini dan akan datang.”

Pengalaman, kepimpinan, dan kedinamikan peribadi Adam akan menjadi pemangkin dalam memacu Air Selangor ke arah visi untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia menjelang 2030.

Air Selangor menantikan peluang, pertumbuhan, dan kerjasama terkini dalam memulakan perjalanan ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif baharunya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya