SETIAP bulan, surirumah dari Hulu Langat ini tidak pernah gagal menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat Pos Malaysia di Kompleks Dayabumi. Kunjungannya ke firma kurier nasional itu bukanlah untuk mengepos barangan atau membayar bil, sebaliknya untuk membeli setem keluaran baharu. Sebagai peminat filateli, Masfaridatul Afiza Mohd. Ali, 44, sentiasa memastikan setem-setem yang dikeluarkan secara bulanan itu ada dalam koleksinya. Bahkan, ibu kepada tiga anak lelaki berusia 18 hingga 22 tahun ini sanggup datang awal pagi semata-mata untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan setem edisi khas, peringatan dan kenang-kenangan. Masfaridatul Afiza tertarik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya