PETALING JAYA: Memberi alasan malas untuk berkenalan dengan orang baharu penyanyi Adira Suhaimi seakan memberi bayangan hanya mahukan Datuk Red sebagai satu-satunya lelaki dalam hidupnya.
Secara tidak langsung kenyataan itu menimbulkan tanda tanya kemungkinan merek akan merujuk semula.
Adira melafazkan persetujuan tanpa sebarang tuntutan nafkah terhadap bekas suaminya itu.
Penyanyi berkenaan memfailkan permohonan cerai pada 25 Oktober tahun lepas atas alasan tiada persefahaman.
Bekas pasangan suami isteri itu berkahwin pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.
Pada 7 Jun lalu, Adira sekali lagi menegaskan dia dan Datuk Red tidak terfikir untuk merujuk semula.
Katanya, mereka berdua sudah menerima kenyataan terhadap apa yang sudah berlaku dan tidak lihat sinar untuk kembali bergelar suami isteri.
“Kami berdua pun dah move on. Kalau kami tak move on lagi, tak adalah kami akan berborak dan bergurau macam ini,” jelasnya.
Tambah Adira, dirinya lebih selesa jika mereka hanya menjalinkan hubungan sebagai sahabat dan dia lebih memilih memberi perhatian kehidupan sendiri.
“Bagi saya, mungkin Datuk Red boleh fokus dalam menyelesaikan masalahnya dan saya pula fokus untuk membesarkan anak,” ujarnya. – UTUSAN