Adik,kakak rangkul gelaran sulung beregu Asia

Adik,kakak rangkul gelaran sulung beregu Asia

BARISAN pemain negara bersama trofi masing-masing selepas upacara penyampaian hadiah pada Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024 di Arena Emas, Skudai, Johor, semalam. - Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Aifa Azman-Aira Azman merangkul gelaran sulung selepas membenam rakan senegara, Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yi Wen pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Beregu Asia di Arena Emas, Skudai, Johor, semalam.

Memegang status sebagai pilihan pertama, pasangan adik beradik itu mengambil masa 21 minit untuk mengetepikan pilihan kedua, Ainaa Amani-Yi Wen 11-6, 11-7.

AIFA (kiri) dan Aira Azman bergambar bersama trofi selepas menjuarai acara beregu wanita pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024 di Arena Emas, Skudai, Johor, semalam.- Ihsan SRAM

Pertembungan dua pasangan negara itu dalam perlawanan akhir, menyaksikan Malaysia menggondol pingat emas dan perak dalam acara beregu wanita.

Aifa melahirkan rasa gembiranya mencatat kejayaan sulung pada Kejohanan Beregu Asia yang julung kali diadakan dan Malaysia selaku tuan rumah.

“Saya dan Aira sebenarnya pernah bermain bersama dalam Sukan Malaysia dan kami menang pingat emas selepas mengalahkan beregu dari Sabah pada final.

“Kali ini kami gembira berdepan Yi Wen dan Ainaa yang merupakan rakan sepelatih kami,” kata Aifa yang kali pertama tampil bersama adiknya, Aira dalam acara beregu di pentas antarabangsa.

Aira pula turut senada dengan Aifa apabila melahirkan rasa puas hati dengan pencapaiannya pada kejohanan yang menuntutnya memerah keringat lebih selepas perlu beraksi dalam dua acara iaitu beregu wanita dan beregu campuran.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan barisan pemain negara di Johor.

“Kita dapat bawa pulang satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa, saya harap pencapaian ini akan diteruskan pada Sukan Asia dan kalau ada juga di Sukan Komanwel, secara keseluruhan saya gembira dengan persembahan yang dipamerkan para pemain negara,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, gandingan Malaysia, Ong Sai Hung-Mohamad Syafiq Kamal yang diletakkan sebagai pilihan kedua hanya berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas straight set kepada pilihan pertama dari India, Abhay Singh-V. Senthilkumar 4-11, 5-11 dalam masa 28 minit.

Bagi saingan beregu campuran pula, pilihan ketiga, Abhay Singh-Joshana Chinappa dari India memenangi pingat emas selepas menewaskan pilihan kedua, Tang Ming Hong-Tong Tsz Wing dari Hong Kong 11-8, 10-11, 11-5, manakala wakil negara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar-Ainaa Amani meraih gangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya