GAZA: Tentera Israel menyasarkan Panglima Tertinggi Briged Al Qassam, Mohammed Deif dengan melancarkan serangan udara di zon kemanusiaan di Gaza.
Serangan itu menyebabkan 90 rakyat Palestin terbunuh dan Israel belum mengesahkan sama ada buruannya terkorban atau masih hidup.
Sekalipun masih hidup, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, rejim Zionis akan memastikan barisan kepemimpinan Hamas terbunuh.
Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh Hamas dan menjelaskan Israel sengaja menjustifikasikan serangan yang mengorbankan orang awam.
Pejuang Hamas berkata, serangan udara itu adalah insiden paling terburuk dalam rentetan serangan minggu ini di Gaza. -REUTERS