7 penonton maut dipijak semasa konsert di Congo

7 penonton maut dipijak semasa konsert di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA: Seramai tujuh orang maut akibat bersesak-sesak semasa konsert muzik di Congo, semalam.

Rempuhan berlaku ketika stadium yang mampu memuatkan 80,000 orang di Kinshasa, menampilkan penyanyi gereja menyampaikan persembahan di pentas utama.

Stesen televisyen RTNC melaporkan insiden kematian berlaku ketika suasana bertukar huru-hara.

Pihak berkuasa tidak memberikan sebarang ulasan mengenai punca insiden rempuhan itu.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan muzik tempatan yang menganjurkan konsert itu menjelaskan rempuhan berlaku ketika ‘pasukan keselamatan berusaha mententeramkan beberapa penonton yang mencetuskan masalah’.

Dianggarkan seramai 30,000 orang hadir menyaksikan konsert itu yang turut menampilkan beberapa pemuzik tempatan. -AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN