‘30 tahun duduk Scotland, saya tetap Melayu’ - Utusan Malaysia

‘30 tahun duduk Scotland, saya tetap Melayu’

AHMAD HAMIDY (depan baju hijau) ketika makan bersama ahli keluarganya di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABERDEEN: Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin selama 30 tahun di Scotland memberitahu jiwanya kekal utuh Melayu walaupun hidup di negara asing. 

Ahmad Hamidy Agus, 47, berkata, sejak berhijrah pada 1994 kerana melanjutkan pelajaran, dia akhirnya jatuh cinta dan memilih untuk tinggal di negara itu. 

“Saya pernah tinggal di England selama enam tahun, kemudian ke Aberdeen, Scotland. Alhamdulillah, saya masih pekat bercakap Bahasa Melayu sekiranya berjumpa dengan orang Melayu. 

“Adat dan budaya tetap disanjung tinggi walaupun kita perlu bersosial dan bercampur gaul dengan penduduk di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Ahmad Hamidy yang bekerja sebagai jurutera di syarikat cari gali minyak berkata, berhijrah ke negara Eropah membuka perspektifnya terhadap penduduk di sekeliling.

Ujarnya, tidak menjadi masalah buat dirinya untuk mencari makanan halal mahupun beribadah di masjid. 

“Di kawasan saya ada tiga masjid. Kedai makanan halal pun banyak baik orang Cina dan India yang menjualnya. 

“Tak timbul soal susah mencari makanan di sini. Malah, harga barang mentah pun murah. Seekor ayam mentah baru berharga empat pound (RM24),” katanya. 

Ahmad Hamidy yang memiliki taraf kerakyatan (PR) di Scotland juga berpeluang membuang undi semasa Pilihan Raya Umum di United Kingdom, baru-baru ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya