YEMEN: Jet pejuang milik Israel menyerang infantri ketenteraan Houthi di Pelabuhan Hodeidah di Yemen, dalam lingkungan jarak melebihi 1,700 kilometer (km) dari Tel Aviv.
Operasi melibatkan jet pejuang F-15 melakukan misi dengan selamat dan dianggap berjaya.
Sebelum serangan dibuat, Israel terlebih dahulu memberitahu sekutu rapatnya untuk melancarkan serangan yang menempatkan stesen janakuasa elektrik.
Serangan balas itu selepas kumpulan yang disokong Iran melancarkan lebih 200 dron sehingga merosakkan hub ekonomi milik Israel di Tel Aviv.
Serangan itu menyebabkan 80 orang mengalami kecederaan, dengan kebanyakan mangsa mengalami kesan terbakar yang teruk, lapor Masirah TV milik gerakan Houthi.
Penduduk di Hodeidah memberitahu Reuters, bunyi letupan kedengaran di bandar itu semasa siri pengeboman tanpa henti dilancarkan.
Anggota bomba dan pertahanan awam bergegas memadamkan kebakaran di pelabuhan yang menempatkan tangki minyak.
Tentera Israel mendakwa kononnya pelabuhan itu digunakan oleh Houthi untuk menerima bekalan senjata dari Iran.
Bagaimanapun, Jurucakap Tentera Houthi, Yahya Saree menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan yang akan menyasarkan sasaran utama milik musuhnya. -REUTERS