3 juta kanak-kanak Afrika berdepan krisis, kurang zat makanan

3 juta kanak-kanak Afrika berdepan krisis, kurang zat makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Tabung Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan seramai tiga juga kanak-kanak menghadapi ‘tahap berdaftar tertinggi bagi krisis bertindih dan saling berkaitan’ di Republik Afrika Tengah (CAR). 

Wakil UNICEF dalam CAR, Meritxell Relano Arana berkata, republik itu menduduki tempat pertama dalam kalangan 191 negara sebagai negara paling berisiko untuk krisis kemanusiaan dan bencana, lapor Anadolu. 

“Status mengerikan ini menggariskan cabaran teruk dan mendesak yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak di negara itu,” katanya semasa sidang akhbar PBB di Geneva. 

Arana berkata, konflik dan ketidakstabilan selama 10 tahun menyebabkan ‘setiap satu’ daripada tiga juta kanak-kanak berisiko di negara ini. 

Jelasnya, satu daripada dua kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan dan hanya satu pertiga, iaitu 37 peratus kanak-kanak hadir ke sekolah dengan kerap. 

Hampir dua daripada tiga (61 peratus) wanita muda telah berkahwin sebelum umur 18 tahun, manakala, hampir 40 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami kekurangan zat makanan kronik. 

“Hakikatnya, krisis CAR merebak selama bertahun-tahun dan menyedihkan kerana begitu banyak krisis global yang berlaku secara selari. 

“Ini bermakna, tahap kesakitan dan kehilangan anak-anak CAR amat jelas,” katanya. 

Beliau turut memberi amaran gangguan sedemikian akan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak akan mati serta memusnahkan masa depan mereka. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya